Rabu, 20 Januari 2021 / 6 Jumadil Akhir 1442 H

Opini

Saat Sekutu Israel dijatuhkan Allah

Bagikan:

Oleh: Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

MESIR dikenali bukan karena piramidnya. Ini karena bangunan yang menakjubkan, bukan saja wujud di Mesir tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudurnya, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Yunani dan banyak lagi bangunan-bangunan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir dengan adanya bangunan piramidnya, tapi lebih merupakan simbol kezaliman penguasa terdahulu.

Kehebatan Mesir sebenarnya ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke seluruh dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.

Sayangnya, Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikit pun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Sayyid Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilalul-Quran. Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh ulama-ulama kemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr. Zaghloul Najjar. Kedua-dua ulama ini setiap kali menyebut nama Sayyid Qutb pasti akan diikuti dengan rahimahullah rahmatan wasiatan (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas).

Kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat. Di dalam masa yang sama, rezim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin untuk menghalang mereka bertanding di dalam pilihanraya (Pemilu). Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya pengunjukrasa yang berjumlah ratusan ribu kemarin?

Rezim inilah juga yang mengulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestina. Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan segala bentuk kerjasama dengan negara haram Israel. Di antara mereka yang ikut sidang pada hari itu ialah Syeikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi’i, Syeikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syeikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syeikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.

Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestina. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Hari ini, tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua akses internet dan jaringan telefon semata-mata untuk membendung kebangkitan rakyat. []

Penulis adalah Menteri Besar (Gubernur) Kelantan, Malaysia

Rep: Admin Hidcom
Editor: Cholis Akbar

Bagikan:

Berita Terkait

Mempertanyakan Masa Depan Ikhwanul Muslimin di Mesir

Mempertanyakan Masa Depan Ikhwanul Muslimin di Mesir

M. Natsir Dan Pandangannya Tentang Kartini [1]

M. Natsir Dan Pandangannya Tentang Kartini [1]

Tak Seriusnya Komisi III DPR-RI  dalam Pelanggaran HAM Berat di Poso

Tak Seriusnya Komisi III DPR-RI dalam Pelanggaran HAM Berat di Poso

Janda Medsos 2017

Janda Medsos 2017

Hijab Syar’i Style: Oase atau Fatamorgana? [2]

Hijab Syar’i Style: Oase atau Fatamorgana? [2]

Baca Juga

Berita Lainnya