Oleh: H. Rosidi Semail (Rossem)
SEBUAH wacana pemikiran Tuan Guru Haji Sulong, Kilauan Permata Pattani telah didiskusikan di Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT), Kota Bharu, Kelantan, Malaysia tanggal 9 Januari 2016 lalu.
Acara diresmikan oleh Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ H. Nik Abdul Kadir Nik Mohamad. Panelis terdiri Prof. Madya Dr. Ahmad Omar Chapakia dari Universitas Pattani, Thailand, Zamberi A. Malek penulis buku Tuan Guru Haji Sulong, Ustaz Farid Mat Zain dosen Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam Universitas Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ustaz Abdul Razak Mahmud, mantan editor Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
***
Wilayah Pattani, Yala, Narathiwat dan sebagian wilayah Songkhla pada abad 18 berstatus sebuah negeri Malayu Islam terkenal di rantau ini. Pattani sebagai pusat tamadun (peradaban) Islam yang banyak melahirkan ulama, walaupun awal abad 20, negeri umat Islam di Selatan Thailan itu hilang status sebagai sebuah negara berdaulat kerana ditaklukkan Siam (kini Thailand, red), tetapi masih mempunyai banyak ulama.
Mereka berperanan membela agama dan mempertahankan identitas umat Islam di negeri yang akhirnya masyarakat Islam menjadi minoritas di negara penganut Budha-Thailand. Diantara mereka ialah Tuan Guru Haji Sulong bin Abdul Kadir.
Haji Sulong ketika remaja belajar di Makkah, sekembalinya ke tanah air membuka pondok pesantren dan berjuang menegakkan syariat Islam melalui jalur politik.
Pada tahun 1943, kondisi masyarakat Islam di Selatan Thailand amat tertekan saat pemerintah Phibul (Perdana Menteri Thailand) membatalkan hukum Islam yang terkait dengan kekeluargaan dan pesaka serta memashuhkan posisimufti (Dato Yatitham). Umat Islam dipaksa menerima undang-undang sipil yang bertentangan dengan syariat Islam.
Akhirnya Islam Pattani membuat pilihan sendiri. Haji Sulong dilantik oleh masyarakat sebagai kadi (hakim) untuk urusan yang terkait dengan undang-undang kekeluargaan Islam tapi posisi itu tak diakui oleh pemerintah Siam yang berpusat di Bangkok.
Sikap diskriminasi pemerintah Siam-Budha terhadap umat Islam di empat wilayah Selatan, membangkitkan kebencian umat Islam kepada pemerintah terutama pegawai-pegawai pemerintah yang sering menipu dan menzalimi rakyat. Tiada kebebasan bersuara, berfikir, bergerak dan berpolitik. SIapa yang mencoba mengingatkan pemerintahan Siam, ditangkap dan dibunuh. Rumah-rumah di dibongkar, perempuan lecehkan, nyawa orang Islam tiada harganya.
Tak tahan dengan kezaliman aparat pemerintah, umat Islam mengutus surat kepada pemerintah, akhirnya Pemerintahan Tawang Thamrong Nawasawad membentuk panitia khusus (20 Maret 1947) untuk menyelidiki apa yang terjadi di wilayah Selatan agar dapat diperbaiki.
Panitia itu tiba di Pattani tanggal 3 April 1947, Haji Sulong sebagai Ketua Majlis Agama Islam dan pepimpin masyarakat Islam Pattani mengadakan perjumpaan dengan sekitar 100 ketua masyarakat Pattani berbincang dan membuat 7 tuntutan pada Pemerintah Siam.
Tujuh tuntutan itu dirumuskan sebagai berikut:
- Pemerintah Thai hendaklah melantik pemerintah daerah (Pattani, Yala, Narathiwat dan Satun) mereka yang beragama Islam.
- Hasil kemakmuran di empat wilayah ini hendaklah dibelanjakan untuk wilayah ini saja.
- Pelajaran Bahasa Melayu dibolehkan, diajar di sekolah dasar sehingga tingkat empat.
- Pegawai Negeri di empat wilayah ini 80 persen diambil dari kalangan orang Islam lokal.
- Membolehkan bahasa Melayu digunakan di kantor pemerintah disamping bahasa Thai.
- Membolehkan Majlis Agama Islam menggunakan Undang –Undang sendiri (hukum syariat).
- Pemerintah hendaklah menjauhkan Mahkamah Syariah daripada mahkamah pemerintah di empat wilayah ini.
Tujuh tuntutan itu diserahkan kepada pemerintah pusat. Perdana Menteri Thai ketika itu, Tawang Thamrong Nawasawad membawa tujuh tuntutan itu ke mesyuarat kabinet (Julai 1947), namun ditolak kabinet. Hal ini mengecewakan Haji Sulong dan umat Islam empat wilayah Selatan itu. Walaupun begitu, Haji Sulong meneruskan peranannya menekan pemerintah yang ketika itu mengamalkan sistem demokrasi. Beliau memberi tumpuan kepada dua institusi agama ialti masjid dan pondok.
Yuk bantu dakwah media BCA 1280720000 a.n. Yayasan Baitul Maal Hidayatullah (BMH). Kunjungi https://dakwah.media/
Pergerakan Haji Sulong menimbulkan kebingungan pemerintah Thai, lebih-lebih lagi beliau akrab dengan seorang lagi tokoh politik luar (Kelantan) yaitu Tengku Mahmood Mahyuddin. Pada Disember 1947, Ahli Dewan Senet Thai, Bajong Sricharon berjumpa dengan Tengku Muhyuddin di Rantau Panjang, Kelantan, Malaysia. Hasil perjumpaan itu Tengku Mahyuddin bersetuju pada dasarnya untuk menghadiri perbincangan dengan pemerintah pusat di Bangkok. Haji Sulong tak hadir dalam perbincangan di Bangkok, Tengku Mahmud Mahyuddin sebagai wakil beliau dan umat Islam empat wilayah Selatan.
Sepucuk surat ditulis Haji Sulong diberikan kepada Tengku Mahmud Mahyuddin supaya diserahkan kepada pemerintah Pusat di Bangkok, isi surat tersebut berbunyi : Orang-orang Melayu (Islam) dalam pemerintahan Siam merasa azab sengsara diatas perbuatan zalim yang dilakukan pegawai kerajaan ke atas kami. Kita sudah merayu kepada kerajaan Siam tapi tak berhasil, sebab itu kita mewakilkan Tengku Mahmood Mahyuddin bin Tengku Abdul Kadir mencari jalan supaya jangan menghalang bangsa Melayu untuk mempraktikan ajaran Islam dan adat istiadat bangsa Melayu.* (BERSAMBUNG)
Penulis adalah banyak menghasilkan kartun dan karikatur politik. Dimuat di berbagi media Malaysia